Pengenalan





Seni khat merupakan satu bentuk seni penulisan yang tinggi nilainya dalam tamadun Islam. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai medium komunikasi, malah menjadi lambang keindahan dan kecintaan terhadap al-Quran serta ilmu. Sejak zaman awal penyebaran Islam, khat telah memainkan peranan penting dalam mendokumentasi wahyu, ilmu pengetahuan, dan budaya. Seni ini berkembang seiring zaman, daripada penulisan tangan di atas kulit dan batu, kepada perisian digital masa kini. Khat bukan sekadar tulisan, tetapi warisan yang memperlihatkan ketekunan, kesabaran dan kehalusan estetika dalam setiap goresannya.


سني خط مروڤاکن ساتو بنتوق سني ڤنوليسن يڠ تيڠݢي نيلايڽ دالم تمدون إسلام. اي بوکن سهاج برفوڠسي سباڬاي ميديوم کومونيکاسي، ماله منجادي لامبڠ کأيندهن دان کچينتاءن ترهادڤ القرءان سرتا علمو. سجق زمان اول ڤپيبرن إسلام، خط تله مماءينکن ڤرانن ڤنتيڠ دالم مندوكومنتاسي وحي، علمو ڤڠتاهوان دان بودايا. سني اين برکمبڠ سأيريڠ زمان، درڤد ڤنوليسن تاڠن دأتس کوليت دان باتو، کڤد ڤرايسين ديݢيتل ماس کيني. خط بوکن سقدر توليسن، تتاڤي واريثن يڠ ممڤرليهتکن کتکونن، کصبرن دان کهالوسن ايستيتيکا دالم ستياڤ ݢوريسنڽ



No comments:

Post a Comment

Selamat Datang ke Blog Pesona Seni Khat: Mengangkat Seni Khat sebagai Warisan Bahasa dan Budaya

   Hai, Selamat Datang, saya Siti Maryam binti Mohd Najakhi. Dalam blog ini kita akan lebih mengenali dengan lebih dekat tentang seni khat i...